Saturday, February 25, 2012

Universal Studio Singapore - Part 1

Hari ni baru berkesempatan nak update blog..
Macam entry saya sebelum ni, preparation dibuat untuk ke Universal Studio Singapore..
So hari ni nak sambung ceritanya..

31 Jan 2012

10.30malam, my sister hantar ke KL Sentral.. Tiket jam 11.05malam..
Tunggu sorang2 dekat Gate B (tingkat 1 KL Sentral.. Berdepan dengan KFC)..
Pengumuman dibuat, keretapi delay sampai 11.20malam.. Oh myyy.. Takpe.. Sabar menunggu...
Jam 11.20malam, gate dibuka.. Berebut2 nak turun tangga *agak konpius disini kenapa masing2 terkejar2*..
So sampai ke katil coach M3.. Dapat katil bawah.. Hurmm menarik jugak.. Katilnya takde lah sesempit yang dijangkakan..
Katilnya sedang2 jer.. Boleh la pusing badan kiri kanan..
Kokde tunggu dekat Stesen Kajang dengan Abg Joe, Nana dan juga si comel Iman... Sekejap jer pun dari KL Sentral ke Stesen Kajang.. Bila diorang naik, borak2 jap then terus buat aktiviti kroh kroh.. *maklumlah esok nak berjalan masuk Singapore, jadi perlu rehat yang cukup* Sebenarnya nak kata tido lena, tak jugak sebab keretapi kan bergoyang... Tapi janji boleh tido kan.. ~.~


1 Februari 2012


Kami sampai di JB Sentral jam 6 pagi.. Kami singgah di toilet kemudian solat subuh dekat surau di JB Sentral. Jam 6.30pagi, kami pergi ke Citrus JB.. Kami jangkakan jauh perjalanannya.. Rupanya dekat jer..

Peta dari JB Sentral ke Citrus JB.
Depan ni City Square Shopping Mall.. Hujung tu JB Sentral, dan juga  CIQ JB..

Citrus Hotel JB berada diantara City Square Shopping Mall, bersebelahan Merlion Tower yang juga terkenal dengan hotel JB Sentral.. Di bawah Merlion tower ni ada kedai mamak.. Jadi kami bersarapan sebelum check-in hotel... Lebih kurang jam 7.30am, kami sudah berada didalam Citrus Hotel untuk registration process. Kami cuma ambil satu bilik dulu, sebab early check-in perlukan tambahan RM80 satu bilik..

Kami ambil bilik Standard Twin dulu..

Suka warna bilik ni..

Kalau ada sesiapa yang nak tengok keadaan bilik ni lebih lanjut, boleh pergi ke website Citrus Hotel JB di sini http://www.citrushoteljb.com/

Pada mulanya kami bercadang untuk pergi Singapore pagi2 tu.. Tapi sebab keadaan masing2 dah macam orang lalok jer.. Hahaha! Kami tido2 dulu sampai jam 11am. Kemudian kami bersiap dan pergi makan tengahari dulu..

Kami makan di deretan kedai di Jalan Wong Ah Fook..

Pekena nasik mamak dulu.. Hahha!
Kemudian barulah kami berjalan ke City Square Shopping Mall.. Kami singgah untuk tukar duit Singapore.. Kemudian dari atas City Square ada jejantas ke JB Sentral.. Terus kami ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), Johor..

Selesai urusan di Imigresen, terus kami turun ke bawah, untuk ambil bus. Memang ramai orang JB yang bekerja di Singapore.. Jadi setiap hari mereka perlu ambil bas untuk masuk ke Singapore..
Kami ambil bus SBS 170.. Dari company SBS ni ada dua bas nombor 170 dan 160.. Tambang cuma RM1.20.. Tiket bas itu perlu disimpan kerana bas ini akan ke CIQ Singapore. Apabila selesai urusan di CIQ Singapore, kami perlu turun ke bawah semula dan bas akan menunggu di situ.. Untuk naik, kami perlu tunjukkan tiket tadi semula..

Bas disini banyak.. Jadi jika terlepas bas, tak perlu risau cuma tunggu bas yang berikutnya... Bus ini akan terus ke Kranji MRT..
Tiang tanda untuk bus SBS Transit

Dari Kranji MRT, kami ambil MRT ke Station Raffles..

Singapore MRT Map

Kami sempat ambil2 gambar dekat area Raffles Place ni...

Permandangan dari Raffles Place

Cavenagh Bridge

Antara arca yang ada di sini..
Panorama sekitar Raffles Place

Dari Raffles Place, kami berjalan kaki menuju ke Merlion Park. *tak sabar nak sampai kat Merlion!*

Sempat snap masa nak lintas jalan..

Ok saya malas nak taip.. Nak kongsi gambar jer ... Hahaha!

Singa kecik nih...

Bangunan yang amat2 mengagumkan...

Merlion Park! Bangga tengok Maybank dekat situ..

Esplanade..! 

Merlion Park..


Panorama sekitar Merlion Park

Dari Merlion Park, kami berjalan kaki ke City Hall MRT.. Ambil MRT ke Station Bugis...
Di Station Bugis ini terdapat Bugis Junction Mall dan juga Bugis Street.
Bugis Street ini terkenal dengan barang2 murah.. Konsepnya sama seperti di Ladies Night Market yang terdapat di Hong Kong.. * rasanya Hong Kong lagi murah kot*

Habis shopping, kami ambil bas untuk ke JB.. Tambangnya SGD3.20.. Bus ini akan singgah di CIQ Singapore, kami melakukan proses yang sama.. Kemudian turun ke bawah, ambil bas tadi kemudian naik semula untuk ke JB Sentral..

Malam tu kami rehat sebab esok nak pergi ke Universal Studio!


Nota Kaki: Senaman kaki di Singapore... Kurus!