Wednesday, December 14, 2011

Politeknik Sultan Idris Shah - Sabak Bernam : Episod 3

Ok dah masuk episod 3.. Drama bersiri slot Samarinda betul dah ni..
Entry kali ni cuma nak share gambar-gambar yang diambil masa dekat Politeknik ni jer..
Kami pergi jalan-jalan, snap dan upload dalam blog.
Enjoy it ok!

kebetulan air tengah pasang.. Malam tu gerhana bulan...

Pasir pantai pun sikit jer...

Cantik kan view dekat sini.. Ada lembu seekor tengah ragut rumput.. 

Sungai yang memisahkan Politeknik dan pantai.. 

Catherine tengah adjust camera dia.. 

Kawasan dalam PSIS.. 

View from Guard House..

Depan hotel ada tasik.. Ooii handbag ku termasuk jua dlm ini  photo.. :P

Tasik depan hotel.. Hujung sana hostel budak2 ni..

Tempat ni menarik sebenarnya... Lagi 4hari mahu pulang ke Kuala Lumpur! OMG! I miss my family!!!
Banyak pengalaman dekat sini.. Saya dapat berkenalan dengan Catherine.. She came from Philippines. 
We stay together.. Breakfast, lunch, dinner together... Hang out together.. *bawak dia makan durian.. boleh? hahaha!*

Nota Kaki: Duduk sini aman damai, heaven sangat! Pulang ke KL nanti, hidup kembali seperti biasa... Hmmm...

Saturday, December 10, 2011

Politeknik Sultan Idris Shah - Sabak Bernam : Episod 2

Wahh! Episod lagi! Nak challenge Slot Samarinda dekat TV3 nih.. Hihi..

Hari ni hari Sabtu kedua bekerja..
Mengantuk sebab malam tadi jam 3pagi baru boleh tido..
Tak tau kenapa tetiba rasa macam rindu sangat nak balik rumah..
Uwaaa! Sob! Sob!


Ada lagi seminggu dekat PSIS ni..
Mak pun takde dekat rumah.. Family semua balik Kemaman sebab Along bernikah pagi ni..
Petang ni majlis kenduri kahwin agaknya.. Tahniah Along!
Bila la time saya yer.. :P


Seperti yang dijanjikan.. Hari ni sajer2 nak upload gambar2 dekat PSIS ni..
Tempat nya agak ke dalam.. Dalam erti kata lain terpencil.. Muahaha! *motip gelak?*

Politeknik Sultan Idris Shah ini terletak dalam daerah Sabak Bernam. Kalau perjalanan dari KL, akan jumpa Sungai Besar.. Kemudian sebelum sampai ke JPJ, ada simpang 4 then turn left untuk ke Politeknik ni.. Jarak dari jalan besar ke Politeknik adalah 20km. Maknanya Politeknik ini terletak di hujung dunia..*dramatik betul ayat "hujung dunia" ni*

Sebelah PSIS ni bangunan Institut Perakaunan Negara. Katanya kalau kursus, orang2 gomen dari MOF *saya benci org MOF*  akan dicampak ke sini.

Kawasan PSIS ni amat besar.. Terletak berhampiran pantai. Tapi pantai tu kena lalu jalan luar ni.. Tapi dari kelas boleh nampak pantai. :)

Ada TV dan Peti Ais..

Dari dalam bilik boleh nampak swimming pool. :)

Sebiji katil single sudah memadai.. *Walaupun sengsara tido katil kecik*

Stok meggi dan milo harus ada.. :P

Ni la hotelnya.. Anjung Persona namanya..

Tu keadaan bilik.. Actually this is not hostel but HOTEL.. Hotel ni dibawah jagaan Jabatan Hospitaliti Politeknik Sultan Idris Shah. Mereka gunakan bilik ni sebagai tempat pembelajaran. *termasuklah kolam renang tersebut*


Di sini makanan disediakan. Jadual seperti dibawah: *ayat skema, tapi tak jugak keje gomen..huh!*

8:00 - 9:00 : Sarapan
12:30 - 2:00 : Makan tengahari
4:30 - 5:30 : Minum petang
8:00 - 9:00mlm: Makan malam.

Jadi kehidupan disini amatlah menggemukkan.. Muahhahaha!
Dan semua makanan yang disediakan semuanya GRED A! eh GRED AAA!
Haa.. Dah bold, dah besarkan font.. Ni pujian tahap tertinggi ni.. Dari hari pertama hingga saat ini, semua nya makan sedap! Bayangkan malam tadi untuk dinner, diorg serve BBQ steak + fries + coleslaw + nugget + sosej + air sirap! Punya la nikmat.. Berselera betul.. *cite pasal makanan terus kencang tangan menaip* 


Susunan meja pun lawa jer.. 

Ok tu cerita tentang penginapan dan makanan. Now nak cerita tentang kelas pulak. Dekat PSIS ni ada dua kelas yang tengah berjalan (skop MDEC class sahaja).  First group dekat Tingkat 1. Satu lagi di tingkat 3. Setiap hari saya akan exercise naik turun tangga untuk monitor student2 ni..*penat mak nyahh..* 

Lab dia besar but dlm banyak2 PC, 45% pc nya tidak boleh digunakan. 
*No Mouse*
*No Keyboard*
*Under Maintenance*

OMG! What the fish la kan.. Technician diorang kena pecah tabung ayam dulu baru boleh beli mouse dan keyboard kot..  Takkan la takde peruntukan nak beli barang2 tu.. Sanggup pulak buat label dari keluar beli mouse, keyboard semua tu..  Hurmm...... *tak mampu berkata apa2*

Satu kelas dekat tingkat bawah.. Satu kelas lagi dekat tingkat atas.. Huwaaaa!
Besar kan kelasnya!
Dekat luar kelas boleh nampak pantai di hujung sana..

Tapi dekat sini pelajar dia baikkkkkk sangat.. Lelaki atau perempuan semua baik2.. Pandai hormat orang.. Takde la yang gedik2 tu.. *i don't like minah gedik.. rasa macam nak sekeh jer kepala minah gedik*

Tak sabar nak pulang ke KL.. But of course I'm gonna miss this place.. Aman damai.. Takde jem.. Kelas start jam 9AM, jam 8.55AM baru terkedek2 panjat tangga.. Makanan yang sedap dekat kafetaria.. Student2 dia yang sangat polite... :)

Nota Kaki: Tadi time rehat, duk video call dalam kelas.. Rindu nak balik KL..! 



Wednesday, November 30, 2011

Politeknik Sultan Idris Shah - Sabak Bernam

Cuma nak bagitau, akan duduk sini from 29th Nov - 18th Dec 2011..
Tempat ok.. Internet tak ok.. Huwaaa~!
Nanti2 la update gambar.. :D

Nota Kaki: hari kedua dah demam duduk sini.. Camno..??

Makan Makan dan Makan lagi..!



~ 23 November 2011 ~


Hari tu Atie dgn Ibu Iman belanja makan.. Sempena harijadi.. Ehehe...
During lunch hour, kami pergi makan dekat  Bumbu Desa, Mid Valley.


Bumbu Desa ni katanya pernah masuk dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan.
Restoran makanan Indonesia. 
Makanan sedap, tempat selesa dan cantik.
Masuk dalam kedai, ibarat pergi ke Indonesia.. Chewahh! :P


Set D..



Haa tengok ikan dia tu..
Closed up kat ikan tu sket.. Hahaha!

Set include air sekali

Memang puas hati makan Set Lunch dia ni.. Harga dalam RM22.90 rasanya.. Tak ingat harga sebab mereka yang belanja.. Hahaha!

Gado Gado *lepas makan bergaduh* :P
Gado-gado tu pun harga dah RM8.00++ rasanya...

Tapi memang puas hati.. Makanan dia sedap bangat! Hikhik!

Tapi yang penting, tempat basuh tangan dia memang klasik! Suke sangatttt!

Air keluar dari buluh.. Korang mampu? :D
Thanks to Ibu Iman dan Atie sebab belanja makan.. Really appreciate it! *hugs*

*lepas ni no more Tony Roma's.. Akan ku bawa mak dan kakak-kakakku makan kat kedai ni.*

Oh lupa.. If ada yang berminat, boleh pergi ke alamat ni..

Bumbu Desa @ Mid Valley,
Lot S045, Level 2, Mid Valley Megamall, 
Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra, 
59200 Kuala Lumpur
For reservation please call: 03-2282 2825


Balik kerja petang tu, Aziah call suruh tunggu dekat LRT Sri Rampai.. Dia tak kerja, dia nak belanja makan + hantar balik rumah.. Hahaha! Berjalan pulak berdua pergi ke Wangsa Walk Mall.. Seperti biasa, kitorg pergi makan ...
Nyum2!
Sambil borak, mengumpat2 sambil makan.. *kesukaan saya*
Terima kasih Aziah..! *hugs*

Nota Kaki: tahun ni hadiah harijadi dapat belanja makan jer semua.. Eheheh! Dari 18/11/11 tu, petang gi makan, balik gaduh *giler*..  Tak bercakap dua hari.. Hurm... Pelik pelik... Apa2 pun tetap happy..!! :)

Friday, November 18, 2011

Happy Birthday To Me!

Just nak wish..




..... HAPPY BIRTHDAY TO ME..! .....




Sajer buat gambar besar2!

Itu sahaja...

:)


Thanks to ALLAH S.W.T cause give me another more great year for living in your world. :')




Nota Kaki: Cuma mengharapkan yang terbaik untuk diri sendiri.. Amin..

Thursday, November 17, 2011

Sabak Bernam tempat yang indah..

Hari Sabtu lepas *hari sama dengan entry sebelum ni* pergi ke Sabak Bernam..
Saja jalan2 usha tempat yang nak kena pergi hujung bulan ni.. Uwaaa!


Gerak jam 2.45petang..
Cantik sangat permandangan..
Sawah padi punya la cantik.. Sempat snap dari dlm kereta..

Macam tempat dalam pengambaran Nur Kasih kan..

Sampai Politeknik Sabak Bernam jam 5.30petang.. Kematu punggung la jugak..
Pusing2 dalam Politeknik tu.. Besar tempatnya..

Jam 6petang balik KL semula.. *gigihkan kami pergi melawat kawasan*

Lapar + Lenguh pinggang duduk dalam kereta..

Hari dah nak gelap..
Ternampak sebuah kedai makan tepi jalan ni..
Dekat area Sekinchan.. Jalan menghala ke KL..

Tali air ni dekat seberang kedai jer..


Ni pun berdepan dengan kedai.. Percaya tak bila malam, nampak Genting Highlands dekat hujung tengah kanan gambar. Clear giler nampak lampu2 tu..

Ini lah kedai nya..

Kedai nya kedai kampung jer.. Tapi masakan dia sedap.. Kalau datang Sabak Bernam boleh singgah..

Sotong celup tepung yang best.. 3 pinggan order.

Cukup rasa kangkung goreng ikan masin.. Order 2 pinggan..

Daging masak merah yang sedap.. Order 2 pinggan..

Telur Bungkus.. Order 2 pinggan jugak..

Tak menyesal singgah kedai nih.. Kenyang perut..
Jam 9PM, kami sampai rumah.. Letih..

Nota Kaki: Punya la tak pernah tengok sawah padi depan mata, tak dapat beza padi dengan lalang.. Wakakakak!

Beza kedai melayu dgn kedai mamak.

Haa.. Baca tajuk jer jangan anggap ini sebagai tajuk perkauman yer.. Cerita ini berdasarkan pengalaman..

*malas nk buat entry minggu lepas so buat hari ni*

Pagi Sabtu lepas bawak mak, abah dengan Ya pergi breakfast..

Downtown Coffe and Tea di Sri Rampai

Pada mulanya bercadang nak pergi ke mamak jer, tapi tengok kedai DownTown Coffee and Tea macam best, maka kami pun masuk la kedai tu..
Masuk2 ada sebuah meja jer penuh.. Takpe lah masuk jugak maybe sebab awal pagi, so orang tak ramai lagi *bersangka baik*

09:00AM:
Bila dah duduk, ada la dalam 15min, baru sampai waiter warga Myanmar..
Order satu set makanan jer.. Sebab nak tengok ok atau tidak service kedai ni..
Abah order set 1: Toast with Half-Boiled Eggs + Free Flow of Coffee or Tea.. Harga ok la RM4.20 satu set..

5min kemudian datang pakcik ni.. "Mintak maaf yer, tadi order apa yer.. Maklum lah pekerja Myanmar dia tak faham sangat"

"Oh takpe.. Order SET 1 tadi" jawab Ya dengan penuh berhemah.. *Hormat orang tua kekdahnya..*

Mak pun kata .. "Kesian pulak order satu jer.. Hurm Sayang, pergi order Set 3, Nasi Lemak.. Boleh jugak rasa"

Saya pun terkedek2 pergi ke kaunter.. "Pakcik, saya nak tambah order Set no 3 yer.." sambil tersenyum..

"Owh nak tambah? Ok2.." Jawab pakcik tu sambil balas senyuman saya..

Waktu menunggu..
10min...

15 min..

20 min... Kami dah mula pandang2 ke arah kaunter.. Hish lama lagi ke ni..

Tak sempat amik gambar, rembat gambar dlm web dia sudah.. :P


Nak masuk minit ke 25min, datang la Set No 1.. Diulang, SET No 1 SAHAJA.. Toast with Half-Boiled Eggs + Coffee.. Aik.. Roti jer..? Telurnya mana?? Saya dengan Ya dah pakat tengok2 gambar dalam katalog menu.. Eh ada gambar telurnya.. Ok2.. Panggil budak Myanmar tadi.. Tanya dia mana half-boiled eggs nya.. Oh dia suh tunggu.. Ok..

35min.. Roti abah pun abih.. Telur separuh masak tetap tak dapat lagi nih.. Set no 3, Nasi Lemak tu pun tak sampai lagi..

45min.. Half-Boiled Eggs sampai.. Semangkuk without lada sulah mahupun kicap.. Hantar semangkuk gitu jer kosong.. Botol kicap dengan botol lada sulah tu pun takde.. Takper la abah kata.. Dia makan jer, malas nak panjang cerita..

Kami bertiga ni panjang leher tengok ke arah kaunter, kenapa Nasi Lemak tak sampai2 lagi.. Perut lapar ni..

Dah dekat sejam duduk dalam tu, lastly kami decide beredar jer dari kedai tu.. Saya ajak mak pergi kedai mamak depan tu pulak..

Ya pergi bayar... *takkan nak lari macam tu jer kan.. nanti kembung pulak perut kami.. ehehehe*
Ya pun tanya brape, cashier cakap RM5.00++ *tak ingat sebab resit dah buang, sakit hati*..
Ok ada service tax yer..
Ya pun tengok resit.. Eh order Set 1 jer? Set 3 takde..??
Hurm.. Ya malas nak panjang cerita, kami beredar..

Oh lupa.. Sebelum tu cashier tu kata "ni kedai melayu tau kak.. bukan kedai cina.. Ramai org ingat Kopitiam ni cina punya, sebab tu tak ramai org masuk".. Kami cuma jawab "OK!" sakit hati di pagi hari!

Pakcik tu sebenarnya tak masukkan pun order SET NO 3, Nasik lemak.. Diulang TAK MASUKKAN ORDER.. Yang lebih menyakitkan hati, pakcik tu duduk lepak dekat meja luar kedai sambil makan2 bersama2 kawan2 nya.. Si mamat Myanmar tu kerjanye asyik menghantar makanan dekat meja pakcik tu jer... *tak guna punya pakcik.. ko tokey kedai.. ko pulak makan lebih dari customer*


Ehsan Pakcik Google

Sakit hati punya pasal, pergi kedai berdepan dengan Kopitiam tu.. Restoran Ali Maju
*kedai mamak pun ada website.. Kellassss uollsss!*

Rawa Tosei yang amat2 sedap.. Rangup + berempah.. Best!
Menu wajib bila makan dekat restoran mamak.. Kuah kentang yang amat yummy!


Saya order Rawa Tosei dengan Kuah Kentang dan juga air nescafe.. Tak sampai 10min, makanan sampai.. Tak sampai 10min jugak saya perut kenyang.. Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati.. Hihi.. *dah kenyang baru boleh gelak*

Kesimpulan:


  • 15MIN menunggu baru sampai seorang pelayan untuk mengambil order di kedai MELAYU
  • 1 JAM masa dihabiskan untuk menunggu, menunggu dan menunggu untuk makanan sampai apabila berada di kedai MELAYU
  • 1 JAM menunggu di kedai MELAYU, cuma mendapat sepinggan Toast and Half-Boiled Eggs + Coffee
  • 5MINIT baru jer duduk, pelayan ambil order sampai di kedai MAMAK.
  • 10MINIT masa diambil untuk mendapat 2 rawa tosei, 1 roti sardin, 2 teh o panas, 1 nescafe dan 1 milo di kedai MAMAK.

  • KEDAI MAMAK -  tokey jaga kaunter, jalan2 pergi meja ke meja tengok makanan cukup atau tidak dan bertanya sama ada dah dapat order atau belum.. Kadang2 tokey tolong angkat pinggan2 lebih atas meja.. 

  • KEDAI MELAYU - dapat jadi tokey kedai jer, kaunter cashier bagi balaci jaga dah.. Tokey kena duduk minum2 sambil berborak2 jer.. Lepas tu sua kan makanan depan muka sampai buncit perut.. Huh! Kalau customer tak dapat order, tokey peduli apa, janji perutnya diisi dulu. Aku tuan punya kedai.. Aku yang kena makan dulu.. Itu konsep peniaga MELAYU..
  • KEDAI MELAYU: tak malu pulak tu mengaku kedai melayu macam Kopitiam ni.. Service tak elok pastu mengaku kedai melayu.. Ceit!
Nak pulak Lee Chong Wei jadi duta tu..!

Nota Kaki: Takde niat nak menjatuhkan perniagaan melayu.. Cuma menyampah dengan sikap2 MELAYU macam ni.. 

Sunday, November 13, 2011

Bosan

Saya berada dalam keadaan yang amat membosankan..
Nak tulis blog, isu banyak tapi nak taip malas..
Mata tak boleh nak lena pulak..
Boringnya...  :(~~


Nota Kaki: Mood tunggang terbalik..

Thursday, November 10, 2011

Ting Tong!

Good Morning!
Saje2 nak update blog ni..
Cuma nak kata yang saya mengantuk teramat2..
Tido lewat sangat..
Kira kambing.. Kira labi-labi.. Tapi mata tetap tak boleh lelap jugak..
Blackout pulak malam tadi..
Blackout ala2 sendu.. Kejap ada letrik, kejap takde letrik..
Entah jam berape terlelap..
Bangun pagi jam 6AM..
Jam 6.45AM keluar rumah..
Ambil LRT jam 7AM..
Malas nak duduk walaupun tempat duduk banyak dalam LRT sebab kalau duduk, confirm kroh kroh atas kerusi tu.. Hikhik!
Jadi amik inisiatif untuk berdiri sepanjang perjalanan Wangsa Maju - Bangsar.
Sambil tu main2 game dan juga check FB..
Sambil tersengih2 reply mesej.. *sengih ala2 queen la.. bukan kerang busuk okayy..*
Jam 7.25AM dah sampai LRT.. berjanggut suam2 kuku tunggu bus sampai..
Mesej2 lagi.. *kejap2 kerut dahi, kejap2 sengih2*
7.50AM sampai jugak opis..
Bertegur sapa dengan Henik.. *speaking London mak yer!*
Pastu baru terkedek2 ke training centre..
Buat milo pastu duduk update blog..

Jam 12PM nanti ada nak jumpa org *interview* hahaha!
Pergi jer lenggang2 mak limah nanti.. Bukan jauh sangat, sebelah block saja..
Belum berniat untuk beralih angin ke office sebelah, cuma pergi sekadar untuk menghormati panggilan interview tersebut jer..
Jam 2PM nanti, saya planning nak check-in bilik belakang.. Zzz..
Muahaha!

Ok sekian ting tong dari saya...


Nota Kaki: Wish me luck ok! T.T *tetap suruh wish walaupun tak nak tukar kerja..hihih*

Monday, November 07, 2011

Finally..!

Hi!

Selamat Hari Raya Aildiladha semua!
Hari ni public holiday digunakan untuk adjust blog ni..
Akhirnya dapat jugak siapkan blog ni..

Dua kali buat blog, dua kali saya delete.. Kuikui..
Ok selepas ni dah boleh update semuanya.. Weehooooo..!!

Nota Kaki: Hopefully selepas ini saya tak delete blog lagi la.. Huahahau!