Thursday, November 17, 2011

Beza kedai melayu dgn kedai mamak.

Haa.. Baca tajuk jer jangan anggap ini sebagai tajuk perkauman yer.. Cerita ini berdasarkan pengalaman..

*malas nk buat entry minggu lepas so buat hari ni*

Pagi Sabtu lepas bawak mak, abah dengan Ya pergi breakfast..

Downtown Coffe and Tea di Sri Rampai

Pada mulanya bercadang nak pergi ke mamak jer, tapi tengok kedai DownTown Coffee and Tea macam best, maka kami pun masuk la kedai tu..
Masuk2 ada sebuah meja jer penuh.. Takpe lah masuk jugak maybe sebab awal pagi, so orang tak ramai lagi *bersangka baik*

09:00AM:
Bila dah duduk, ada la dalam 15min, baru sampai waiter warga Myanmar..
Order satu set makanan jer.. Sebab nak tengok ok atau tidak service kedai ni..
Abah order set 1: Toast with Half-Boiled Eggs + Free Flow of Coffee or Tea.. Harga ok la RM4.20 satu set..

5min kemudian datang pakcik ni.. "Mintak maaf yer, tadi order apa yer.. Maklum lah pekerja Myanmar dia tak faham sangat"

"Oh takpe.. Order SET 1 tadi" jawab Ya dengan penuh berhemah.. *Hormat orang tua kekdahnya..*

Mak pun kata .. "Kesian pulak order satu jer.. Hurm Sayang, pergi order Set 3, Nasi Lemak.. Boleh jugak rasa"

Saya pun terkedek2 pergi ke kaunter.. "Pakcik, saya nak tambah order Set no 3 yer.." sambil tersenyum..

"Owh nak tambah? Ok2.." Jawab pakcik tu sambil balas senyuman saya..

Waktu menunggu..
10min...

15 min..

20 min... Kami dah mula pandang2 ke arah kaunter.. Hish lama lagi ke ni..

Tak sempat amik gambar, rembat gambar dlm web dia sudah.. :P


Nak masuk minit ke 25min, datang la Set No 1.. Diulang, SET No 1 SAHAJA.. Toast with Half-Boiled Eggs + Coffee.. Aik.. Roti jer..? Telurnya mana?? Saya dengan Ya dah pakat tengok2 gambar dalam katalog menu.. Eh ada gambar telurnya.. Ok2.. Panggil budak Myanmar tadi.. Tanya dia mana half-boiled eggs nya.. Oh dia suh tunggu.. Ok..

35min.. Roti abah pun abih.. Telur separuh masak tetap tak dapat lagi nih.. Set no 3, Nasi Lemak tu pun tak sampai lagi..

45min.. Half-Boiled Eggs sampai.. Semangkuk without lada sulah mahupun kicap.. Hantar semangkuk gitu jer kosong.. Botol kicap dengan botol lada sulah tu pun takde.. Takper la abah kata.. Dia makan jer, malas nak panjang cerita..

Kami bertiga ni panjang leher tengok ke arah kaunter, kenapa Nasi Lemak tak sampai2 lagi.. Perut lapar ni..

Dah dekat sejam duduk dalam tu, lastly kami decide beredar jer dari kedai tu.. Saya ajak mak pergi kedai mamak depan tu pulak..

Ya pergi bayar... *takkan nak lari macam tu jer kan.. nanti kembung pulak perut kami.. ehehehe*
Ya pun tanya brape, cashier cakap RM5.00++ *tak ingat sebab resit dah buang, sakit hati*..
Ok ada service tax yer..
Ya pun tengok resit.. Eh order Set 1 jer? Set 3 takde..??
Hurm.. Ya malas nak panjang cerita, kami beredar..

Oh lupa.. Sebelum tu cashier tu kata "ni kedai melayu tau kak.. bukan kedai cina.. Ramai org ingat Kopitiam ni cina punya, sebab tu tak ramai org masuk".. Kami cuma jawab "OK!" sakit hati di pagi hari!

Pakcik tu sebenarnya tak masukkan pun order SET NO 3, Nasik lemak.. Diulang TAK MASUKKAN ORDER.. Yang lebih menyakitkan hati, pakcik tu duduk lepak dekat meja luar kedai sambil makan2 bersama2 kawan2 nya.. Si mamat Myanmar tu kerjanye asyik menghantar makanan dekat meja pakcik tu jer... *tak guna punya pakcik.. ko tokey kedai.. ko pulak makan lebih dari customer*


Ehsan Pakcik Google

Sakit hati punya pasal, pergi kedai berdepan dengan Kopitiam tu.. Restoran Ali Maju
*kedai mamak pun ada website.. Kellassss uollsss!*

Rawa Tosei yang amat2 sedap.. Rangup + berempah.. Best!
Menu wajib bila makan dekat restoran mamak.. Kuah kentang yang amat yummy!


Saya order Rawa Tosei dengan Kuah Kentang dan juga air nescafe.. Tak sampai 10min, makanan sampai.. Tak sampai 10min jugak saya perut kenyang.. Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati.. Hihi.. *dah kenyang baru boleh gelak*

Kesimpulan:


  • 15MIN menunggu baru sampai seorang pelayan untuk mengambil order di kedai MELAYU
  • 1 JAM masa dihabiskan untuk menunggu, menunggu dan menunggu untuk makanan sampai apabila berada di kedai MELAYU
  • 1 JAM menunggu di kedai MELAYU, cuma mendapat sepinggan Toast and Half-Boiled Eggs + Coffee
  • 5MINIT baru jer duduk, pelayan ambil order sampai di kedai MAMAK.
  • 10MINIT masa diambil untuk mendapat 2 rawa tosei, 1 roti sardin, 2 teh o panas, 1 nescafe dan 1 milo di kedai MAMAK.

  • KEDAI MAMAK -  tokey jaga kaunter, jalan2 pergi meja ke meja tengok makanan cukup atau tidak dan bertanya sama ada dah dapat order atau belum.. Kadang2 tokey tolong angkat pinggan2 lebih atas meja.. 

  • KEDAI MELAYU - dapat jadi tokey kedai jer, kaunter cashier bagi balaci jaga dah.. Tokey kena duduk minum2 sambil berborak2 jer.. Lepas tu sua kan makanan depan muka sampai buncit perut.. Huh! Kalau customer tak dapat order, tokey peduli apa, janji perutnya diisi dulu. Aku tuan punya kedai.. Aku yang kena makan dulu.. Itu konsep peniaga MELAYU..
  • KEDAI MELAYU: tak malu pulak tu mengaku kedai melayu macam Kopitiam ni.. Service tak elok pastu mengaku kedai melayu.. Ceit!
Nak pulak Lee Chong Wei jadi duta tu..!

Nota Kaki: Takde niat nak menjatuhkan perniagaan melayu.. Cuma menyampah dengan sikap2 MELAYU macam ni.. 

1 comments:

  1. ye la, dia merangkap pengarahnye..nama ngan kedai je gempak..

    ReplyDelete