Saturday, December 10, 2011

Politeknik Sultan Idris Shah - Sabak Bernam : Episod 2

Wahh! Episod lagi! Nak challenge Slot Samarinda dekat TV3 nih.. Hihi..

Hari ni hari Sabtu kedua bekerja..
Mengantuk sebab malam tadi jam 3pagi baru boleh tido..
Tak tau kenapa tetiba rasa macam rindu sangat nak balik rumah..
Uwaaa! Sob! Sob!


Ada lagi seminggu dekat PSIS ni..
Mak pun takde dekat rumah.. Family semua balik Kemaman sebab Along bernikah pagi ni..
Petang ni majlis kenduri kahwin agaknya.. Tahniah Along!
Bila la time saya yer.. :P


Seperti yang dijanjikan.. Hari ni sajer2 nak upload gambar2 dekat PSIS ni..
Tempat nya agak ke dalam.. Dalam erti kata lain terpencil.. Muahaha! *motip gelak?*

Politeknik Sultan Idris Shah ini terletak dalam daerah Sabak Bernam. Kalau perjalanan dari KL, akan jumpa Sungai Besar.. Kemudian sebelum sampai ke JPJ, ada simpang 4 then turn left untuk ke Politeknik ni.. Jarak dari jalan besar ke Politeknik adalah 20km. Maknanya Politeknik ini terletak di hujung dunia..*dramatik betul ayat "hujung dunia" ni*

Sebelah PSIS ni bangunan Institut Perakaunan Negara. Katanya kalau kursus, orang2 gomen dari MOF *saya benci org MOF*  akan dicampak ke sini.

Kawasan PSIS ni amat besar.. Terletak berhampiran pantai. Tapi pantai tu kena lalu jalan luar ni.. Tapi dari kelas boleh nampak pantai. :)

Ada TV dan Peti Ais..

Dari dalam bilik boleh nampak swimming pool. :)

Sebiji katil single sudah memadai.. *Walaupun sengsara tido katil kecik*

Stok meggi dan milo harus ada.. :P

Ni la hotelnya.. Anjung Persona namanya..

Tu keadaan bilik.. Actually this is not hostel but HOTEL.. Hotel ni dibawah jagaan Jabatan Hospitaliti Politeknik Sultan Idris Shah. Mereka gunakan bilik ni sebagai tempat pembelajaran. *termasuklah kolam renang tersebut*


Di sini makanan disediakan. Jadual seperti dibawah: *ayat skema, tapi tak jugak keje gomen..huh!*

8:00 - 9:00 : Sarapan
12:30 - 2:00 : Makan tengahari
4:30 - 5:30 : Minum petang
8:00 - 9:00mlm: Makan malam.

Jadi kehidupan disini amatlah menggemukkan.. Muahhahaha!
Dan semua makanan yang disediakan semuanya GRED A! eh GRED AAA!
Haa.. Dah bold, dah besarkan font.. Ni pujian tahap tertinggi ni.. Dari hari pertama hingga saat ini, semua nya makan sedap! Bayangkan malam tadi untuk dinner, diorg serve BBQ steak + fries + coleslaw + nugget + sosej + air sirap! Punya la nikmat.. Berselera betul.. *cite pasal makanan terus kencang tangan menaip* 


Susunan meja pun lawa jer.. 

Ok tu cerita tentang penginapan dan makanan. Now nak cerita tentang kelas pulak. Dekat PSIS ni ada dua kelas yang tengah berjalan (skop MDEC class sahaja).  First group dekat Tingkat 1. Satu lagi di tingkat 3. Setiap hari saya akan exercise naik turun tangga untuk monitor student2 ni..*penat mak nyahh..* 

Lab dia besar but dlm banyak2 PC, 45% pc nya tidak boleh digunakan. 
*No Mouse*
*No Keyboard*
*Under Maintenance*

OMG! What the fish la kan.. Technician diorang kena pecah tabung ayam dulu baru boleh beli mouse dan keyboard kot..  Takkan la takde peruntukan nak beli barang2 tu.. Sanggup pulak buat label dari keluar beli mouse, keyboard semua tu..  Hurmm...... *tak mampu berkata apa2*

Satu kelas dekat tingkat bawah.. Satu kelas lagi dekat tingkat atas.. Huwaaaa!
Besar kan kelasnya!
Dekat luar kelas boleh nampak pantai di hujung sana..

Tapi dekat sini pelajar dia baikkkkkk sangat.. Lelaki atau perempuan semua baik2.. Pandai hormat orang.. Takde la yang gedik2 tu.. *i don't like minah gedik.. rasa macam nak sekeh jer kepala minah gedik*

Tak sabar nak pulang ke KL.. But of course I'm gonna miss this place.. Aman damai.. Takde jem.. Kelas start jam 9AM, jam 8.55AM baru terkedek2 panjat tangga.. Makanan yang sedap dekat kafetaria.. Student2 dia yang sangat polite... :)

Nota Kaki: Tadi time rehat, duk video call dalam kelas.. Rindu nak balik KL..! 



4 comments:

  1. Is this a premier polytech college?

    ReplyDelete
  2. Adakah bilik di psis sama macam dlm gambar yg ditunjukkan dan makanan disediakan?

    ReplyDelete
  3. Hy , sy msuk poli ni tahun 2022 nnt,btw sy org kmmn����‍♀️

    ReplyDelete
  4. Hy , sy msuk poli ni tahun 2022 nnt,btw sy org kmmn🙆🏻‍♀️

    ReplyDelete