Sunday, June 24, 2012

Langkawi - Pulau Lagenda

Amacam? Tajuk feeling2 pelancong tak? Hekhekhek!
Setelah setahun membeli tiket, akhirnya 25 June 2012 impian tercapai..

Kami pergi 8 orang.. Kawan-kawan zaman persekolahan dulu.. Bercuti riang ria bersama-sama..
Kami membeli tiket Air Asia semasa promotion 0 fare..

Total tiket ke Langkawi (return) untuk 8 orang adalah RM755.00.. Agak murah la kan.. :)

Dua bulan lepas baru terhegeh-hegeh mencari hotel dan transport.
Mujur juga transportation ada orang yang dikenali di Langkawi tu..

Hotel: 4 bilik selama 4H3Mlm = RM948.00
Transportation: Urvan (4H3Mlm) = RM350.00
Island Hopping (8pax) = RM200.00
Cable Car (8pax) =  RM120.00
Langkawi Wildlife Park (8pax) = RM96.00

Tung tang tung tang.. Bajet percutian seramai 8 orang untuk 4Hari 3Malam adalah RM 2927.50.

Saya rasa amat berbaloi.. :)

Mudah-mudahan perjalanan kami selamat disana..

Happy Holidayyyy!!!!!!! *joget-joget*
Nanti saya buat review tentang hotel, dan tempat2 yang dilawati ok! :)


Nota Kaki: Cuti sedap sangat, raya nanti tak dapat cuti dah.. Huwaaaa!!!

0 comments:

Post a Comment