Sunday, June 24, 2012

Office Baru

Oh semenjak bekerja baru ni, tak sempat nak update blog..
Bukannya busy sangat pun.. Sebab takde kerja, tetiba jari kencang menaip dekat keyboard, nanti mendatangkan satu kepelikkan yang nyata pulak dekat telinga bos... :P

Kalau nak berpura-pura menaip seketul-seketul huruf, tak sanggup pulak saya kan!!
3minit 1 ketul huruf.. Ohh tidakkkk!!! Saya sanggup balik rumah, dan menaip.. Tak kisah la nak taip laju-laju ke, tekan keyboard sampai terbenam jari ke.. Janji den puas hati menaip!

Tempat kerja baru dekat dengan LRT.. Dekat dengan rumah *takde la dekat macam dua langkah jer..*
Masuk jam 9pagi, balik jam 5.30petang.. 8.30pagi baru terkedek2 naik LRT.. Jam 8.50pagi dah ada dekat bawah, berebut lif dengan orang ramai *selalu buat muka serius waktu camni dengan harapan dapat selit-selit naik lif*

Petang pulak, jam 6.00 - 6.15petang, dah bersenang lenang tengok TV9 cerita Anugerah dan selepas tu cerita Upin Ipin.. *kakyah mesti marah dengar statement ni.. seperti biasa ayat dia "aku ajak gi jogging taknak!! duk layan tv.. Takde life!".. Saya akan menggelakkan dia apabila mendengar statement tersebut sambil berkata "Ada aku kesahhh???" Hahaha!~

Ok sambung cerita..

Bos saya perempuan.. Baik sangat.. Lemah lembut.. Dia tengah pregnant sekarang.. Dijangka bersalin bulan 8.. OMG! Saya kena belajar bersungguh-sungguh sebelum dia bercuti 2bulan.. Kerana selepas itu saya akan direct report dengan MD! Oooeemmmjiiii!

Rakan sekerja? Ada yang ok.. Ada ala-ala berlagak.. Ada aku kesahh ko nak buat muka lanun depan aku...??? *baca dalam keadaan sedikit marah*

Yang penting, apa yang saya perlukan, saya dapat.. Kerja saya nak kata sukar, rasa macam senang.. Nak kata senang, oh amatlah sukar...

Step by step:


  1. Dapat quotation / PO / Contract baru
  2. Pergi terkedek-kedek jumpa Office Manager, verify dengan dia...
  3. Everything ok, saya akan login dalam sistem
  4. Saya akan OPEN PROJECT..
  5. Bermula itu, kerja-kerja follow up saya akan bermula.
  6. Hantar email dekat Project Manager, tanya bila target nak start project dan end project. Dan juga siapakah yang dia assign untuk project tersebut.
  7. Kemudian saya akan update dalam list Excel saya..
  8. Ok dah boleh goyang kaki.. Tapi kejap jer lah..
  9. Saya akan tengok dalam minggu itu, project yang mana satu saya boleh closed.. Ikut target End Date dalam list tu.
  10. Saya akan follow up sama ada End Date sama ataupun ada revising date. 
  11. Kalau Project Manager kata boleh closed, saya akan minta supporting document yang client bagi kepada mereka. 
  12. Saya scan, kemudian upload dalam sistem.
  13. Make sure everything complete, kemudian saya pun click dekat Closed Project.
  14. Export data dalam sistem, email kepada bos.
  15. Done.. Siap kerja saya.. Mudah kan??


Nama sajer mudah.. Nak follow up tu adalah satu benda yang paling bermasalah.. Dengan kerenah Project Manager yang entah apa-apa.. Tapi itu yang saya kata

"Ada aku kesahh ko nak buat muka lanun depan aku...??? *baca dalam keadaan sedikit marah*
Yang penting, apa yang saya perlukan, saya dapat.. "
So far sebulan kerja, rasa macam ok lah..  Bila takde kerja, saya akan melayan cerita Running Man.. Itu pun setelah saya tanya bos saya, ada apa-apa lagi kerja yang boleh saya buat.. Bila dia kata tidak ada, maka saya akan senang hati buka forum, buka FB dan menonton Running Man. Weehooo!!

Oh ya, saya baru kerja dan saya telah mengambil cuti seminggu...
Cuti ini telah di apply sebelum saya sign kontrak kerja lagi..
Saya kan ingin pergi bercuti! Hehehe!
Jumpa lagi!


Nota Kaki: Alhamdulillah semuanya ok di office baru .. :)

0 comments:

Post a Comment